Pertanyaan

6 jenis perceraian dalam Islam yang anda perlu tahu

Picture of Hafidz
Oleh Hafidz
Diterbitkan 9 May 2025 · 2 minit bacaan
Maklumat am sahaja, bukan nasihat guaman. Baca Penafian kami

Berikut merupakan jenis perceraian dalam Islam di Malaysia

Perceraian dari segi istilah bermaksud pembubaran perkahwinan atau terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab. Sebelum ke Mahkamah Syariah untuk menguruskan perceraian, penting untuk semua tahu jenis-jenis perceraian yang ada. Perceraian yang terdapat di dalam Akta/Enakmen/Ordinan undang-undang Keluarga Islam Negeri yang berkuatkuasa di negeri-negeri secara asasnya adalah seperti berikut:

1. Perceraian dengan lafaz talak

Ini yang biasa kita dengar di mana suami atau isteri menyerahkan permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dan kedua belah pihak bersetuju untuk membubarkan perkahwinan. Pembubaran ikatan perkahwinan dilakukan melalui lafaz talak atau seumpamanya berdasarkan Al-Qur’an, as-Sunnah dan Ijma’ ulama’. Terdapat dua jenis lafaz talak iaitu:

Advertisement
  • Lafaz soreh (jelas) – Suami melafazkan dengan jelas yang beliau ingin menceraikan isteri dengan menggunakan perkataan talak, cerai, bebas, lepas. Contohnya, “aku ceraikan kau” atau “saya lepaskan awak”.
  • Lafaz kinayah (sindiran) – Lafaz ini boleh jadi jatuh talak atau tak bergantung kepada niat suami. Contohnya, “baliklah ke keluarga kamu” atau “kita ikut haluan masing-masing”.

2. Pengesahan lafaz talak

Talak yang dilafazkan oleh suami di luar Mahkamah Tanpa Kebenaran Mahkamah sama ada dengan lafaz soreh atau lafaz kinayah. Suami atau isteri perlu melaporkan kepada Mahkamah dalam masa 7 hari dan Mahkamah akan menyiasat untuk memastikan lafaz tersebut jatuh talak atau tak mengikut Hukum Syarak.

3. Fasakh

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan yang terjadi disebabkan sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syara’. Fasakh boleh dipohon oleh suami atau isteri, tapi selalu dipakai oleh isteri sebab suami mempunyai kuasa untuk melafaz talak. Bila nak memohon, pastikan bukti mencukupi dibawa ke mahkamah dan hakim akan membuat keputusan yang sewajarnya.

Ikuti kami

di WhatsApp atau Telegram untuk tips terkini

4. Perceraian taklik

Taklik atau ta’liq adalah perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syara’ dan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Lafaz ini berbeza mengikut negeri dan ia dicatatkan di dalam sijil perakuan nikah pasangan yang dah berkahwin. Cerai taklik boleh disabitkan jika suami melanggar lafaz taklik yang telah diucap tetapi perlu melalui proses aduan dan disahkan oleh Mahkamah.

5. Tebus talak / Khulu’

Perceraian tebus talak ialah perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau harta benda seperti mana yang dipersetujui melalui ijab dan qabul. Cerai khulu’ ni dikira sebagai cerai bain sughra. Maknanya suami isteri tak boleh dirujuk melainkan dengan akad dan mas kahwin yang baru.

Advertisement

6. Anggapan mati

Anggapan mati adalah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau dah tak ada apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, beliau perlu mendapatkan perisytiharan anggapan mati daripada pihak mahkamah terlebih dahulu.

4 Langkah mudah untuk khidmat guaman

1. Isi borang

Isi borang atas talian

2. Khidmat nasihat

Peguam akan menghubungi anda

3. Sebut harga

Peguam akan berikan sebut harga

4. Itu sahaja

Mudah, cepat dan telus dari awal hingga akhir.

Khidmat Guaman Anda

Soalan Lazim

Kami telah senaraikan beberapa soalan yang sering ditanya oleh pengunjung laman ini. Jika anda masih mempunyai soalan, jangan teragak-agak untuk hubungi kami atau isi borang yang disediakan.

Apakah Khidmat Guaman?

Khidmat Guaman ialah platform yang membantu rakyat Malaysia memahami isu undang-undang dengan lebih mudah, dan menghubungkan anda dengan peguam yang sesuai dengan keperluan anda.

Adakah maklumat di laman ini dianggap nasihat undang-undang?

Tidak. Artikel dan maklumat di laman ini adalah untuk rujukan umum sahaja dan bukan nasihat undang-undang. Untuk kes anda, sila dapatkan nasihat daripada peguam.

Bagaimana saya boleh mendapatkan peguam melalui laman ini?

Isi borang di halaman Hubungi Kami. Ia percuma dan tanpa sebarang komitmen. Peguam akan menghubungi anda untuk memahami keperluan anda.

Berapakah yuran guaman?

Yuran guaman bergantung pada jenis urusan anda. Bagi urusan tertentu seperti hartanah, kadar yuran ditetapkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. Peguam akan memberikan sebut harga sebelum anda meneruskan.

Adakah saya perlu membayar untuk membaca artikel?

Tidak. Semua artikel di Khidmat Guaman boleh dibaca secara percuma.

Adakah maklumat peribadi saya selamat?

Ya. Maklumat anda dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Rujuk Notis PDPA kami untuk maklumat lanjut.

Berapa lama peguam akan menghubungi saya?

Biasanya dalam masa 24 jam selepas anda menghantar borang.