Pilih negeri anda untuk melihat alamat, telefon dan arah ke setiap mahkamah. Setiap halaman negeri ada peta lokasi dan carian mengikut nama atau bandar.
Mahkamah Majistret mendengar tuntutan sivil sehingga RM100,000 dan kesalahan jenayah yang lebih ringan. Mahkamah Sesyen mendengar tuntutan sivil sehingga RM1 juta dan kebanyakan kes jenayah yang lebih berat. Mahkamah Tinggi mendengar tuntutan melebihi RM1 juta, kes perceraian sivil, kebankrapan dan probet, serta rayuan daripada mahkamah rendah. Rayuan seterusnya dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.