Pertanyaan

Cara letak nama anak bawah umur dalam geran rumah

Picture of Hafidz
Oleh Hafidz
Diterbitkan 20 May 2026 · 2 minit bacaan
Maklumat am sahaja, bukan nasihat guaman. Baca Penafian kami

Pasti ada yang bertanya bolehkah anda membeli rumah atau hartanah dan letakkan nama anak bawah umur di dalam geran rumah. Di sini saya akan kupaskan perkara ini.

Kelayakkan

Secara prinsipnya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak mempunyai kelayakan dari segi undang-undang untuk memasuki sebarang kontrak atas kapasiti dirinya sendiri, termasuklah kontrak jual beli hartanah.

Pemegang Amanah

Walaubagaimanapun, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada kanak-kanak tersebut boleh memasuki kontrak jual beli hartanah bagi pihak anak mereka di bawah umur, di mana dalam keadaan tersebut ibu bapa atau penjaga kepada anak tersebut hanya bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Di dalam perjanjian jual beli dan geran hartanah tersebut kelak akan ditulis nama ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak tersebut sebagai pemegang amanah.

Advertisement

Suratcara Ikatan Amanah (Trust Deed)

Kebiasaannya disamping perjanjian jual beli, satu suratcara ikatan amanah akan disediakan untuk merekodkan ikatan amanah tersebut, di mana surat ikatan amanah itu akan didaftarkan di Pejabat Tanah.

Kaveat Amanah

Demi melindungi hak dan kepentingan anak tersebut sehingga beliau mencapai umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak itu boleh memohon supaya kaveat amanah dimasukkan oleh pentadbir tanah ke atas hartanah tersebut.

Ikuti kami

di WhatsApp atau Telegram untuk tips terkini

Kaveat

Kaveat bermaksud sekatan atau halangan; adalah satu instrumen / alat / mekanisme yang disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga hartanah miliknya

Pindah Milik

Setelah anak tersebut mencapai umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah tadi, selaku pemegang amanah akan memindah pemilikkan hartanah tersebut kepada nama si anak sebagai pemilik berdaftar yang sah.

Sebelum pindahmilik didaftarkan kepada nama si anak, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak tersebut hendaklah terlebih dahulu memohon kepada pentadbir tanah agar kaveat amanah yang telah dimasukkan sebelum ini dibatalkan.

Lantik Peguam

Sebaik-baiknya segala urusan yang dinyatakan di atas dilakukan oleh peguam yang dilantik oleh pembeli. Setelah pindahmilik dibuat kepada nama si anak, kini hartanah tersebut sah menjadi milik si anak sepenuhnya. Sekiranya anda perlukan khidmat peguam anda boleh lihat di sini.

4 Langkah mudah untuk khidmat guaman

1. Isi borang

Isi borang atas talian

2. Khidmat nasihat

Peguam akan menghubungi anda

3. Sebut harga

Peguam akan berikan sebut harga

4. Itu sahaja

Mudah, cepat dan telus dari awal hingga akhir.

Khidmat Guaman Anda

Soalan Lazim

Kami telah senaraikan beberapa soalan yang sering ditanya oleh pengunjung laman ini. Jika anda masih mempunyai soalan, jangan teragak-agak untuk hubungi kami atau isi borang yang disediakan.

Apakah Khidmat Guaman?

Khidmat Guaman ialah platform yang membantu rakyat Malaysia memahami isu undang-undang dengan lebih mudah, dan menghubungkan anda dengan peguam yang sesuai dengan keperluan anda.

Adakah maklumat di laman ini dianggap nasihat undang-undang?

Tidak. Artikel dan maklumat di laman ini adalah untuk rujukan umum sahaja dan bukan nasihat undang-undang. Untuk kes anda, sila dapatkan nasihat daripada peguam.

Bagaimana saya boleh mendapatkan peguam melalui laman ini?

Isi borang di halaman Hubungi Kami. Ia percuma dan tanpa sebarang komitmen. Peguam akan menghubungi anda untuk memahami keperluan anda.

Berapakah yuran guaman?

Yuran guaman bergantung pada jenis urusan anda. Bagi urusan tertentu seperti hartanah, kadar yuran ditetapkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. Peguam akan memberikan sebut harga sebelum anda meneruskan.

Adakah saya perlu membayar untuk membaca artikel?

Tidak. Semua artikel di Khidmat Guaman boleh dibaca secara percuma.

Adakah maklumat peribadi saya selamat?

Ya. Maklumat anda dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Rujuk Notis PDPA kami untuk maklumat lanjut.

Berapa lama peguam akan menghubungi saya?

Biasanya dalam masa 24 jam selepas anda menghantar borang.