Bantuan Khidmat Guaman

Definisi borang 14a untuk hartanah

Bacaan < 1 minit

MOT (Memorandum of Transfer) atau borang 14a merupakan antara dokumen penting yang perlu ditandatangani oleh seorang pemilik rumah baharu untuk memindah milik hartanah tersebut dari pemaju hartanah atau pemilik lama kepada pemilik baharu.

Biasanya sekiranya pembelian sesuatu hartanah dibiayai pinjaman bank, MOT akan disediakan dan ditandatangani bersama-sama SPA dan juga dokumen pinjaman. Ini dibuat supaya pembeli tidak perlu turun naik pejabat guaman beberapa kali untuk menandatangani dokumen tersebut pada tiga peringkat yang berasingan. Pengecualian dibuat bagi hartanah yang masih dalam pembinaan, di mana MOT akan disediakan dan ditandatangani apabila geran strata atau individu telah dikeluarkan.

Kekangan borang 14a

MOT tidak boleh digunakan untuk memindahkan hak milik hartanah yang tidak mempunyai hak milik master, individu, atau strata yang relevan. Perkara ni kebiasaanya berlaku bagi hartanah jenis strata, di mana pihak pemaju masih belum mendaftarkan lot kepada hartanah individu.

Dalam kes sebegini, satu borang Deed of Assignment (DOA) akan digunakan, berserta dengan Developers Consent. Kadang-kala, hak milik jenis strata juga boleh datang dengan Deed of Mutual Covenants.

Surat ni adalah dokumen sah yang menggariskan tingkah laku serta kewajipan bagi pemilik hartanah dalam projek pembangunan perkongsian seperti ini (contohnya, apartmen yang mempunyai kemudahan yang dikongsi antara penduduk).

Muat turun borang 14a

Berikut pautan yang anda boleh gunakan bagi setiap negeri untuk anda muat turun borang 14a bagi setiap negeri. Setiap negeri borang tersebut ada perbezaan (Senarai ini akan kami cuba update dari masa ke semasa).