Pertanyaan

Definisi saman malu

Picture of Hafidz
Oleh Hafidz
Diterbitkan 9 May 2025 · 2 minit bacaan
Maklumat am sahaja, bukan nasihat guaman. Baca Penafian kami

Di Malaysia, saman malu adalah tindakan undang-undang yang berkaitan dengan fitnah. Ia boleh dimulakan apabila terdapat tuduhan palsu atau pencemaran yang boleh dibuktikan sebagai palsu. Ada dua jenis saman malu yang perlu anda ketahui iaitu libel dan slander.

Fitnah bertulis [libel], yang melibatkan fitnah yang ditulis atau dalam bentuk yang kekal, dan fitnah lisan, yang melibatkan fitnah lisan. Dalam kes fitnah bertulis, plaintif hanya perlu membuktikan kewujudan kenyataan fitnah, manakala dalam kes fitnah lisan [slander], plaintif perlu membuktikan kerosakan tertentu yang berpunca daripada fitnah tersebut.

Adalah penting untuk diingat bahawa di Malaysia, tiada istilah “saman malu” yang spesifik, tetapi individu boleh memfailkan saman fitnah jika merasa bahawa mereka telah difitnah.

Advertisement

Bagi Saman Malu [Libel], orang yang menyaman hanya perlu membuktikan bahawa terdapatnya kenyataan fitnah, kenyataan fitnah tersebut merujuk kepada orang yang menyaman dan kenyataan fitnah tersebut disebarkan kepada pihak ketiga.

Libel

Libel secara lazimnya boleh difahami sebagai fitnah yang dibuat secara bertulis (writing), bercetak (print) ataupun secara bentuk kekal (permanent form). Ini termasuk kenyataan-kenyataan ataupun imej-imej yang membawa maksud fitnah, yang disebarkan melalui surat, emel, penulisan di media sosial dan sebagainya.

Sebagai contoh, sekiranya Ahmad telah menyebarkan suatu tuduhan palsu terhadap Ali melalui media sosial, maka Ahmad telah melakukan fitnah libel terhadap Ali, dan Ali boleh memfailkan tindakan saman terhadap Ahmad.

Slander

Slander pula secara kebiasaannya boleh diertikan sebagai fitnah/tohmahan yang dibuat melalui ucapan atau percakapan (spoken words) ataupun gerak isyarat (gesture) dan tidak dicetak di dalam mana-mana bentuk. Sebagai contoh, sekiranya Ahmad telah membuat satu tohmahan terhadap Ali melalui ucapannya kepada pihak ketiga, maka Ahmad telah melakukan fitnah Slander dan Ali boleh memfailkan tindakan saman terhadap Ahmad.

Ikuti kami

di WhatsApp atau Telegram untuk tips terkini

Bagi Saman Malu [Slander] pula, selain daripada syarat-syarat yang sama dengan Fitnah Libel, satu lagi syarat yang perlu dipenuhi oleh orang yang menyaman adalah keperluan untuk menunjukkan bahawa beliau telah mengalami kerugian khusus disebabkan oleh fitnah yang disebarkan.

Kerugian khusus

Kerugian khusus (special damages) bagi maksud tindakan Saman Malu / Fitnah boleh ditakrifkan sebagai kerugian samada berbentuk kewangan (pecuniary) ataupun boleh dianggar atau dinilai dalam bentuk kewangan.

Sebagai contoh, disebabkan oleh fitnah yang disebarkan oleh Ahmad, Ali telah mengalami kerugian di dalam bentuk kehilangan pekerjaan atau jawatan ataupun kontrak. Selama mana kerugian tersebut boleh dinilai dalam bentuk kewangan, maka ianya dianggap sebagai kerugian khusus disisi undang-undang fitnah.

Kerugian-kerugian khusus ini juga perlu dinyatakan di dalam tuntutan. Butiran terperinci hendaklah dinyatakan dan sebarang bentuk bukti dokumen untuk menyokong kerugian khusus tersebut juga perlu dinyatakan. Kegagalan untuk menyatakan butir-butir kerugian khusus ini boleh menyebabkan saman dibatalkan oleh Mahkamah.

Namun begitu, terdapat beberapa keadaan di mana berlakunya satu fitnah melalui ucapan dan orang yang ingin menyaman tidak perlu memberikan butiran kerugian khusus.

4 Langkah mudah untuk khidmat guaman

1. Isi borang

Isi borang atas talian

2. Khidmat nasihat

Peguam akan menghubungi anda

3. Sebut harga

Peguam akan berikan sebut harga

4. Itu sahaja

Mudah, cepat dan telus dari awal hingga akhir.

Khidmat Guaman Anda

Soalan Lazim

Kami telah senaraikan beberapa soalan yang sering ditanya oleh pengunjung laman ini. Jika anda masih mempunyai soalan, jangan teragak-agak untuk hubungi kami atau isi borang yang disediakan.

Apakah Khidmat Guaman?

Khidmat Guaman ialah platform yang membantu rakyat Malaysia memahami isu undang-undang dengan lebih mudah, dan menghubungkan anda dengan peguam yang sesuai dengan keperluan anda.

Adakah maklumat di laman ini dianggap nasihat undang-undang?

Tidak. Artikel dan maklumat di laman ini adalah untuk rujukan umum sahaja dan bukan nasihat undang-undang. Untuk kes anda, sila dapatkan nasihat daripada peguam.

Bagaimana saya boleh mendapatkan peguam melalui laman ini?

Isi borang di halaman Hubungi Kami. Ia percuma dan tanpa sebarang komitmen. Peguam akan menghubungi anda untuk memahami keperluan anda.

Berapakah yuran guaman?

Yuran guaman bergantung pada jenis urusan anda. Bagi urusan tertentu seperti hartanah, kadar yuran ditetapkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. Peguam akan memberikan sebut harga sebelum anda meneruskan.

Adakah saya perlu membayar untuk membaca artikel?

Tidak. Semua artikel di Khidmat Guaman boleh dibaca secara percuma.

Adakah maklumat peribadi saya selamat?

Ya. Maklumat anda dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Rujuk Notis PDPA kami untuk maklumat lanjut.

Berapa lama peguam akan menghubungi saya?

Biasanya dalam masa 24 jam selepas anda menghantar borang.