Bantuan Khidmat Guaman

Hartanah – Langkah untuk menjual rumah di Malaysia

Bacaan 3 minit

Jika membeli rumah adalah langkah terbesar dalam hidup seseorang, maka menjualnya adalah langkah kedua terbesar. Ingin mengubah suai atau mendapatkan wang tunai? Apa sahaja punca anda menjual hartanah, semua orang pasti mempunyai matlamat yang sama, mendapatkan penilaian hartanah yang tinggi. Keputusan yang besar ini memerlukan langkah-langkah yang tepat untuk memastikan pelaburan anda berbaloi. Untuk menjual hartanah anda buat pertama kali di Malaysia, terdapat beberapa proses dan garis panduan. Jom kami kongsikan bersama anda.

1. Penilaian hartanah

Sebelum menjual, dapatkan penilai hartanah yang sah untuk menilai rumah anda. Apabila hartanah anda melalui proses yang berdasarkan nilai hartanah semasa, barulah anda tahu berapa nilai rumah anda yang sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa caj bagi proses penilaian rumah yang akan ditanggung oleh penjual.

RM100,000 pertama =0.25%
Nilai seterusnya sehingga RM2 juta = 0.2%
Nilai seterusnya sehingga RM7 juta = 0.167%
Nilai seterusnya sehingga RM15 juta = 0.125%

Jika rumah anda dinilaikan sebanyak RM800,000, anda perlu membayar sebanyak RM1,650 (0.25 x RM100K + 0.2% x RM700K).

2. Cantikkan rumah

Pandangan pertama adalah sangat penting. Pastikan rumah atau hartanah anda bebas daripada sebarang kerosakan, karpet kotor, tombol pintu yang rosak, atau dinding yang telah lusuh. Gantikan dengan cat yang baru dan buang semua barangan yang tidak diperlukan lagi untuk ruang yang lebih luas.

Semua ini akan membantu meningkatkan harga rumah anda, maka jangan abaikan kebersihan hartanah yang ingin dijual.

3. Iklan rumah

Terdapat pelbagai cara untuk mengiklankan rumah yang ingin dijual. Anda boleh menggunakan cara tradisional seperti iklan akhbar, atau cara yang lebih moden seperti portal hartanah iProperty.com.my. Jika anda ingin mencuba portal hartanah, pastikan maklumat terperinci mengenai rumah anda disertakan dalam iklan tersebut.

Bagi mereka yang inginkan proses yang lebih mudah, anda juga boleh mengupah ejen hartanah. Cuma harus diingat, ejen-ejen ini selalunya mengenakan caj 2-3% selepas rumah anda dijual.

4. Periksa sebarang bil tertunggak & sediakan dokumen yang berkenaan

Jual dan beli hartanah di Malaysia
Jual dan beli hartanah di Malaysia

Selesaikan sebarang bil tertunggak. Jika tidak, ia akan melambatkan proses penjualan.Ini termasuk sewa akhir (borang cukai tanah yang dibayar setiap tahun kepada kerajaan) dan cukai pintu (cukai perumahan yang dibayar kepada majlis bandaran setempat).

Penjual juga mestilah menyediakan dokumen seperti kad pengenalan, resit terkini rumah, salinan pemilikan rumah, salinan sewa akhir, cukai penilaian dan sebarang maklumat mengenai pengubah suaian (jika ada resit lebih baik). Dengan adanya semua ini, pasti proses penjualan rumah lebih mudah.

5. Upah peguam

Mendapatkan bantuan peguam untuk menyediakan surat perjanjian jual beli (S&P) dan lain-lain dokumen penting pasti memudahkan proses ini. Peguam dapat membantu anda dengan sebarang proses yang memerlukan nasihat undang-undang. Contohnya, jika terdapat sebarang keraguan dalam penjanjian jual beli dan persetujuan pinjaman bank.

Sebarang isu antara penjual dan pemaju memerlukan nasihat peguam. Contohnya, waktu penghantaran dokumen, sebarang kelewatan atau ketepatan maklumat dokumen yang diberikan. Seorang penasihat undang-undang profesional adalah sumber rujukan terbaik untuk anda. Mungkin anda akan dikenakan caj tambahan, tetapi ia lebih baik daripada melakukan sebarang kesilapan. Anda boleh menghubungi kami di khidmatguaman.my untuk proses ini.