Search
Close this search box.

Projek perumahan anda lambat siap?

Bacaan 2 minit

Pernahkah anda mendengar tentang kes di mana projek perumahan mengambil masa 1-2 tahun untuk siap? Mengapa perkara sedemikian berlaku? Terdapat pelbagai sebab yang mungkin menyebabkan ini, sama ada disebabkan masalah luaran atau dalaman yang melibatkan kontraktor atau pemilik projek itu sendiri.

Masalah luaran, juga dikenali sebagai Force Majeure, termasuk kemalangan, cuaca buruk, pandemik, wabak penyakit, peperangan, kawalan bergerak atau arahan kerajaan. Masalah luaran ini tidak dapat dielakkan oleh kedua-dua pihak, oleh itu, kontraktor berhak mendapat Tambahan Masa dari pihak pemilik projek.

Sementara itu, masalah dalaman berbeza dari sudut pandang kontraktor dan pemilik. Jika masalah dalaman itu disebabkan oleh kontraktor dan menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan projek, kontraktor akan dikenakan denda kelewatan atau dikenali sebagai Liquidated Ascertained Damage.

Apakah itu LAD untuk projek perumahan?

LAD merujuk kepada suatu bentuk denda yang telah dipersetujui melalui Surat Perjanjian Bina Rumah yang ditandatangani oleh kedua belah pihak. Sekiranya terdapat kelewatan dalam pembinaan yang disebabkan oleh Kontraktor, maka LAD akan dikenakan kepada mereka berdasarkan tempoh yang telah dipersetujui.

Pengiraan LAD

Terdapat beberapa kaedah untuk mengira LAD, tetapi salah satunya adalah dengan merujuk kepada kadar kerugian harian yang ditanggung oleh pemilik projek. Ia perlu ditetapkan sebelum projek bermula dari segi hasil dan cara pengiraan LAD untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Sebagai contoh, dalam proses pembinaan rumah, berikut adalah contoh pengiraan dan jumlah LAD yang telah ditetapkan melalui Surat Perjanjian Bina Rumah berdasarkan Jumlah Kontrak atau Kerugian Bulanan Tanggungan pemilik.

Formula LAD rumah lambat siap

Kesimpulan

LAD bukanlah satu hukuman yang dikenakan atas dasar kejam terhadap Kontraktor, tetapi lebih kepada amaran kepada Kontraktor supaya mereka menjalankan kerja dengan secepat mungkin dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Walaupun LAD telah dipersetujui melalui kontrak, pemilik projek masih boleh memberi Tambahan Masa kepada Kontraktor untuk mengelakkan LAD dikenakan secara automatik.

Walau bagaimanapun, LAD adalah satu klausa yang WAJIB ada dalam Perjanjian antara pemilik projek dan kontraktor. Sekiranya anda inginkan khidmat peguam anda boleh lihat di sini.