Search
Close this search box.

Cara menukar nama geran rumah serta kos yang terlibat

Bacaan 4 minit

Penukaran nama geran rumah selalunya berlaku akibat faraid, penceraian, penjualan aset rumah dan sebagainya. Tetapi, tukar nama geran rumah juga boleh jadi disebabkan penukaran nama harta dari keluarga yang terlibat. Contohnya, apabila anak sudah dewasa, si ibu akan menukarkan nama rumah kepada nama anak jika beliau merupakan seorang ibu tunggal.

Masih ramai yang belum ketahui secara menyeluruh tentang cara penukaran nama geran rumah dan kos yang terlibat. Jom tengok cara tukar nama geran rumah dan kos yang anda perlu belanjakan.

Sediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk menukar penama dalam geran rumah

Pastikan dokumen dan maklumat berikut lengkap untuk memudahkan urusan penukaran nama geran rumah.

1. Tahu maklumat penama baharu

Bagi menukar nama geran rumah, anda perlu mengetahui beberapa syarat tukar nama pada geran rumah. Kenalpasti individu yang bertanggungjawab dalam mendaftarkan namanya pada rumah tersebut. Tanpa mengetahui tentang pemilik rumah tersebut, nama geran rumah tidak boleh ditukarkan.

2. Sediakan surat perjanjian

Surat perjanjian juga perlu dibuat bagi mengesahkan rumah tersebut akan dijual kepada pihak yang berkenaan. Tanpa surat perjanjian, ia akan menimbulkan pelbagai masalah yang tidak diingini. Antaranya pelanggaran janji dan sebagainya.

3. Semak status geran rumah

Sebelum menukar geran rumah, anda harus memastikan terlebih dahulu sama ada rumah terbabit bebas daripada sebarang sekatan atau kaveat. Paling utama adalah, rumah terbabit juga tidak boleh digadaikan kepada mana-mana pihak seperti bank dan sebagainya. Tanpa sebarang masalah tersebut, proses tukar nama geran rumah akan menjadi lebih lancar dan bebas daripada masalah.

Borang yang anda perlu lengkapkan untuk menukar nama geran rumah

Setelah cukup semua syarat berikut, anda boleh ikuti beberapa proses penukaran nama pada geran rumah serta beberapa dokumen juga perlu disediakan. Anda perlu mengisi beberapa borang bersama-sama dengan penama rumah dan beberapa pihak yang berkenaan. Antara borang yang perlu diisi adalah seperti berikut:

1. Borang 14A Kanun Tanah Negara

Borang 14A ini merupakan Borang Pindahmilik Tanah, Bahagian atau Pusaka. Borang ini perlu diisi oleh penama rumah, pembeli dan penjual rumah tersebut. Ia perlu diisi di hadapan peguam atau pegawai pentadbir. Paling penting, semua pihak yang berkenaan harus hadir ketika borang ini diisi. Dokumen yang diperlukan adalah

  • Kad pengenalan (IC) kedua-dua belah pihak
  • Geran rumah asal
  • Surat kebenaran pindah milik
  • Surat pemegang amanah
  • Sijil kelahiran asal

2. Borang Permohonan Taksiran Pindah Milik Hartanah (Borang PDS 15)

Selepas Borang 14A diisi, penama harus menandatangani Borang PDS 15. Untuk borang ini, penama harus menghantar wakil sahaja ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika perlu. Dokumen yang diperlukan dalam proses ini adalah salinan Borang 14A, salinan geran dan salinan kad pengenalan kesemua pihak yang terlibat.

Selepas kedua-dua proses borang tersebut selesai, kita harus membuat pendaftaran geran hartanah pula. Jadi, kita harus pergi ke Pejabat Tanah berhampiran untuk hakmilik pengeluaran surat penguatkuasaan. Kali ini, dokumen yang diperlukan adalah:

  • Borang 14A asal
  • Geran asal
  • Nota taksiran LHDN asal
  • Salinan kad pengenalan (IC) kesemua pihak
  • Sijil setem LHDN
  • Salinan resit cukai tanah dan;
  • Cukai pintu

Kos yang terlibat dalam penukaran nama geran rumah

Setiap proses yang dilaksanakan pasti mempunyai kos yang tertentu. Ia termasuklah dengan proses pertukaran nama geran rumah, sama ada anda baru sahaja membeli rumah. Pastinya memerlukan anda mengeluarkan kos untuk memastikan ia berjalan lancar. Jadi, sebagai pembeli rumah, anda  harus melihat caj yang dikenakan seperti berikut.

1. Duti setem Perjanjian Jual Beli  (SPA)/ tukar milik 

Peratusan duti setem dikira berdasarkan harga hartanah tersebut. 

Kadar setem duti hartanah di Malaysia
Kadar setem duti hartanah di Malaysia untuk geran rumah atau hartanah

Sebagai contoh, jika hartanah itu bernilai RM500,000, anda perlu membayar duti setem seperti yang berikut:

(RM100,000 pertama X 1%) + (RM400,000 berikutnya X 2%)
= (RM1,000 + RM8,000)
= RM 9,000

2. Duti setem untuk pinjaman perumahan 

Untuk pembiayaan perumahan, anda akan dikenakan duti setem 0.5% dari jumlah pinjaman perumahan atau RM5 untuk setiap RM1,000. Sebagai contoh:

Peratusan yang dikenakan (0.5%) x ( Jumlah Pinjaman)

=0.5% X (RM 500,000)

=RM2,500

3. Yuran guaman untuk SPA/ perjanjian pinjaman perumahan

Berikut merupakan kadar fi guaman mengikut peringkat harga rumah:

4. Kos carian tanah 

Carian geran tanah terbahagi kepada dua kategori – i) carian persendirian dan ii) carian rasmi. Sebagai pembeli rumah anda berhak untuk membuat carian tanah sebelum membuat bayaran rumah.

Carian persendirian

Anda boleh buat carian persendirian dengan pergi ke Pejabat Tanah. Anda juga boleh melantik seorang peguam untuk membantu anda dalam hal ini.

Carian rasmi 

Sama seperi carian persendirian cuma bezanya, carian rasmi disertakan dengan cop cop Pendaftar Tanah dan tandatangan pegawai yang berkenaan. 

Kos carian tanah anda berbeza-beza di setiap negeri di Malaysia. Di Selangor dan Kuala Lumpur, bayarannya adalah seperti yang berikut:

  • Kuala Lumpur 
    • Carian persendirian: RM30
    • Carian rasmi: RM50
  • Selangor
    • Carian persendirian: RM30
    • Carian rasmi: RM50

5. Kos lain

Berikut merupakan kos-kos yang anda perlu bayar unutuk membuat pertukaran nama geran tanah:

  • Bayaran duti setem (setiap dokumen): RM10
  • Affidavit: RM50
  • Bayaran Pendaftaran: RM100

Akhir kata, ini adalah cara tukar nama geran rumah dan kos terlibat yang perlu anda perhatikan. Sebenarnya ia tidaklah sukar jika kita jelas dengan proses dan kos yang diperlukan. Untuk maklumat lanjut anda juga boleh lihat di sini.