Sepertimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023, kerajaan Malaysia akan meneruskan pengecualian setem duti dan memberi diskaun setem duti bagi pemilikan rumah pertama bagi menggalakkan pemilikan rumah di kalangan rakyat di Malaysia dan juga pindah milik harta tanah secara kasih sayang.
Di bawah Program Pemilikan Rumah (Home Ownership Programme – HOPE), pemilikan rumah pertama menerusi Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-MILIKI) akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman:
Layanan duti setem ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2023.
Selain itu, kerajaan Malaysia juga bersetuju supaya setem duti ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang (MOT) melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya terhad kepada RM1,000,000 pertama nilai harta tanah.
Baki selebihnya daripada nilai harta tanah tersebut tertakluk kepada kadar duti ad valorem dan diberi diskaun sebanyak 50% ke atas setem duti yang dikenakan. Layanan setem duti ini terpakai bagi surat cara pindah milik harta tanah yang disempurnakan mulai 1 April 2023.